Monday 6 October 2014

Tanaman Sayuran Di keliling Rumah


              Jika rumah anda ada sedikit ruang, mungkin ada ingin kelihatan cantik landkapnya, saya ingin bekongsi pengalaman dengan anda. Untuk permulaanya anda buatlah lakaran kawasan kosong di sekitar rumah anda dan tandakan pokok dan tanaman apa yang hendak ditanam. Campuran sayuran dan pokok bunga mungkin memberi kepuasan dan keuntungan dari segi ekonomi rumah tangga. Warna cantik bungaan di samping sayuran membuat rasa tenteram pada pemilik rumah



\


             Hasil tanaman ini jika berlebihan boleh juga dijual di pasar, ini boleh membantu menjimatkan belanja dapur. Mungkin antara kita rasa malas dan tak ingin mengotorkan tangan  bermain dengan tanah dan tumbuhan. Sikap inilah sebenarnya yang menjadi penghalang pada kebanyakan kita, sanggup membiarkan semak-samun diseliling rumah. Dengan kenaikan harga barang sekarang kebanyak kita sudah jadi miskin walaupun ada duit kerana duit kita menjadi kurang nilainya kerana kenaikan barang ini. Jika kita ada lima puluh ringgit untuk ke pasar apakah barang yang dapat kita beli, tentu anda perasan yang kita tidak semewah dulu lagi.

          
               Ada banyak sayuran yang boleh ditanam di sekliling rumah kita, pastikan tanaman asas keperluan harian dapur dulu di utamakan. Cili pada, serai, halia, kunyit, pokok limau purut dan daun kari mungkin yang perlu diutaman kerana boleh dikatakan pengunaannya sangat penting untuk kebanyakan masakan kita. Tanaman lain boleh di tambah mengikut ruang yang tinggal. Kita beruntung Malaysia negara yang subur kerana kebanyakan tanaman boleh hidup dengan subur di mana-mana tempat di Malaysia.











Tanaman hiasan bunga adenium dan campuran sayuran buah cili dan terung




Terung boleh berbuah ketika berumur dua bulan dan tahan bertahun-tahun jika dijaga dengan baik


  Lada boleh di jadikan sayuran masa masih hijau dan menjadi campuran kebanyakan masakan kita




Bunga petola ini juga cantik dengan warna kuning terangnya



Tanaman hiasan bunga-bungaan boleh di tanam dalam pasu kerana cara ini pokok-pokok itu boleh di pindakan ke mana-mana di sekitar rumah. Lebih cantik jika digandingkan dengan pokok sayuran.



Bumga  pokok bendi dengan kelopak besarnya memang menarik masa ia kembang



Hasil yang sudah dikutip segar dari halaman

                   Semuga dengan pendedahan ini dapat menimbulkan minat dikalangan kita untuk berbudi pada tanah. Disamping boleh menjadi akativiti yang menyihatkan boleh juga mencantikan persekitaran rumah.Paling penting boleh membantu menjimatkan belanja dapur dalam musim kenaikan harga bermacam-macam barang keperluan harian. Selamat mencuba 


Tuesday 29 January 2013

Inkubator buatan sendiri untuk penetasan telur itik

Mesin Penetasan dan operasinya

Bekansya dari bahan terpakai



                                Kawalan suhu amat penting untuk kejayaan penetasan


                                 Menggunakan mentol untuk membekalkan haba




                                 Menentukan suhu yang sesuai dengan termometer


                                   Telur yang dipilih mestilah bernas ( ada embrionya)




                                   Suhu dapat di kawal dengan melaraskan termostat


                             Termostat mengawal haba jika suhu melebihi litar akan tertutup
                             dengan sendiri.


                       Kelembapan dapat dibekalkan dengan mengisi air dalam dulang
                                              



                               Mengubah-gubah kedudukan telur perlu dilakukan selalu
                              supaya keadaan embrio membesar dengan sempurna.



                              Suhu pengeraman antara 37-39 celcius selama 28 hari

Mesin penetasan telur siri 2

Hari yang ke 28 telur itikni mula menetas
Unit 1 menetas pada 7.3.12. Unit 2 akan menetas pada 12.3.12 dan
 unit 3 pada  20.3.12  Jumlah semua 200 biji
Mengambil masa sejam untuk bulunya kering selepas menetas





Dua hari baru semua telur habis menetas